Menjelajahi MAEPS Serdang

id maeps serdang,road to agrotourism,agrowisata malaysia,onta

MAEPS Serdang (Foto ANTARA / Agus Setiawan) (1)

Serdang, (AntaraKL) - Satu lawatan ke Malaysia Agro Exposition Serdang (MAEPS) Agrotourism Park yang dihadiri sebanyak 50 media dan blogger telah berlangsung dalam rangka mempromosikan Agrotourism sebagai salah satu industri yang menarik dan populer di Malaysia.  

Aktifitas ini merupakan inisiatif yang telah diambil oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dalam memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi Agrotourism menerusi program Road to Agrotourism bersama Media Seri 3.

Lawatan ke MAEPS Agrotourism Park berawal pada jam 9.00 pagi dengan menyambut kedatangan rombongan rekan media oleh bus "Hop On Hop Off" di tempat kedatangan pertama. Kedatangan rombongan juga turut diiringi oleh 10 buah motor besar dan dua buah karavan.

Sesampainya di tempat kedatangan pertama rombongan media dihidangkan dengan minuman "tropical fruit punch" untuk dinikmati bersama-sama hidangan buah-buahan lokal segar seperti Nanas, Jambu batu dan Rock melon yang disponsori oleh TFNet.

Setelah itu, MAEPS menyediakan aktiviti bowling kelapa bagi mengingat kembali permainan rakyat yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak di kawasan perkampungan dahulu yang juga hampir dilupakan dizaman moderen ini.

Sambutan ringkas mengenai program yang telah disusun sepanjang lawatan ini disampaikan oleh Puan Norafizah Rahman, Ketua Pegawai Operasi MARDI MAEPS Sdn Bhd (MMSB).  

Setelah itu, rombongan media disertai oleh Presiden MMSB, Dato Zahida Zarik Khan yang telah meluangkan waktu untuk turut sama membawa media menjelajahi destinasi agro-pelancongan ini.

Laman Agro MAEPS terdiri daripada delapan area (laman) pertanian yaitu Laman Herba, Laman Sayur, Laman Padi, Laman Nanas, Laman Florikultur, Laman Perikanan, Laman Ternakan & Laman Jentera.  

Namun begitu, lawatan ini hanya membawa media melawat 4 lokasi iaitu MAEPS Ecofarm, Laman Herba, Laman Padi dan G2G Animal Garden.

Lokasi pertama yang dikunjungi adalah Ecofarm, rombongan disajikan dengan hidangan istimewa iaitu Nasi Goreng Kambing dan Sup Kambing sponsor House of Kambing sambil menikmati keindahan pemandangan yang berlatarbelakangkan ladang kambing dan unta.  

Setelah itu mereka dibawa melawat ke Laman Herba dan diperkenalkan dengan herba-herba dan spesis kelulut yang terdapat di Malaysia.

Pengalaman yang paling menarik adalah rombongan media sendiri dapat merasakan madu lebah kelulut yang segar terus dari sarangnya.
Setelah selesai menjelejahi Laman Herba, rombongan dihidangkan dengan minum penyegar Jus Pegaga Limau Kasturi.

Lawatan diteruskan ke Laman Padi di mana terdapatnya Galeri Padi yang memamerkan informasi berkaitan dengan padi seperti spesis-spesis padi, teknik menanam dan menuai, jenis-jenis peralatan dan sebagainya.

Rombongan media turut mencicipi Nasi Bendang sambil menyaksikan pemandangan indah sawah padi yang terbentang hijau dan langit yang biru.

Paket Nasi Bendang @ RM 45.00 plus per set dua hingga tiga orang). Menu terdiri nasi putih, masak lemak daging salai dan mangga muda, ikan keli berlado, sayur goreng, ulam ulam, sambal balacan, telur asin, kerupuk, ikan, buah tembikai, kordial, sirap selasih. 

Sebelum mengakhiri lawatan di MAEPS Agrotourism Park, rombongan dibawa ke G2G Animal Garden dan mereka diberi peluang bercengkrama dengan hewan eksotik seperti Bearded Dragon, Macau Parrot, Ayam Serama, Gerbills, Racoon, British Shorthair Cats dan sebagainya.  

Tidak ketinggalan memberi makan dan menyusukan kambing sambil menjamu selera di Techno Cafe terletak bersebelahan dengan Animal Garden.

Rombongan road to agrotourism seri 3 berangkat dari Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, menaiki bus hop on hop off.  Acara pemberangkatan (flag off) dilakukan oleh Uzaidi Udanis Presiden Majelis Pelancongan Malaysia bersama Dato Mohamad Khay Bin Ibrahim Group Managing Director Tamu Hotel & Suites.





Pewarta :
Editor: Agus Setiawan
COPYRIGHT © ANTARA 2018

Komentar